Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Sabtu, 31 Mei 2014

"Qawi Lillahi Ta'ala"

Assalamualaikum wahai warga belog sekalian.
Apa khabar? Arya harap anda semua sihat belaka lah yerrr.. Hari ni hujan lebat. Jadi~ kesihatan Arya tak menentu. Kejap panas badan, kejap okay jer.

Pernah tak kita rasa seperti orang disekeliling kita makin menjauh? Semakin hari mereka semakin hilang. Semakin berkurang. Itu yang Arya rasa sekarang. Bila Arya fikirkan balik, mungkin ni balasan Allah untuk Arya kot. Sahabat kat sekeliling Arya semakin menjauh dan berkurang. Pada mulanya Arya rasa sunyi dan kehilangan sangat, tapi Arya bersyukur Allah sentiasa ada. Arya semakin hilang kepercayaan teman-teman Arya. Arya sedar Arya bukanlah orang yang layak diberi kepercayaan. Arya redha andainya kehilangan kepercayaan mereka. Sekarang, Arya tak kisah dah apa yang dorang nak cakap tentang Arya. Arya redha. Arya pasrah. Arya serahkan segalanya kepada Allah. Andai mereka teman terbaik untuk Arya, maka Arya mohon Allah perdekatkan Arya dengan mereka. Andai mereka teman yang akan melalaikan Arya, maka Arya mohon Arya dijauhkan dari mereka. Allah tahu apa yang terbaik. Segala yang terjadi sekarang ni semuanya telah tertulis di luh Mahfuz. Apa pun yang terjadi, In shaa Allah Arya akan cuba untuk menerimanya. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? kita sebagai hambanya hendaklah redha dan pasrah dengan segala ketentuannya.


Wahai sahabatku,
Maafkan aku andai aku turut menjauhkan diri. Maafkan aku andai aku berhenti memikirkan tentangmu. Maafkan aku andai aku sudah berhenti menjagamu. Aku bukan yang terbaik. Yang mampu mengembirakan hatimu di setiap saat dan detik kita bersama. Jangan mula menghargaiku apabila aku sudah pergi. Andai nama kita tertulis untuk bersahabat hingga ke jannahNya, maka satu hari nanti pasti kita akan dipertemukan semula. Manusia diberi hak untuk memilih. Oleh kerana kau telah memilih dirinya lebih dari diriku, maka aku terima keputusanmu dengan redha. Maaf kerana aku tidak mampu berada di sampingmu setiap saat kita bersama dahulu.



#Sebelum Arya menamatkan entri Arya ni, Arya berharap kita semua dapatlah bersama-sama mendoakan keselamatan saudara mara kita yang berada di Mesir, Palestin dan Syria. Assalamualaikum dan selamat maju jaya semua!


Isnin, 5 Mei 2014

S.U.N.Y.I

Assalamualaikum wahai ukhti-ukhti dan akhi-akhi sekalian,
Apa khabar antum dan antunna sekalian? sihat? Ana harap anda semua sihat sahaja. Malam ni Arya nak kongsikan keadaan yang rasanya Arya tak pernah rasa sebelum ni. SUNYI ! Baru hari ni Arya rasa sunyi sangat. Kawan di sekeliling Arya semua dah ada peneman masing-masing. Pada mulanya Arya sedih plus kecewa jugak bila Arya ditinggalkan keseorangan. Tapi.. bila Arya fikir balik, mungkin ni cara terbaik untuk Arya muhasabah diri Arya. Duduk sorang-sorang dan mula berfikir apa yang dah Arya buat dengan kawan-kawan Arya. Bagi Arya ni adalah proses kematangan bagi Arya. Walaupun perit rasanya bersendirian, Arya pasti Arya akan biasa dengan keadaan seperti ni. Bersendiri sekurang-kurangnya Arya ada masa untuk diri Arya sendiri. Biar la mereka dengan teman mereka masing-masing. Bila sampai masanya Arya kena balik negeri asal Arya, Arya takkan rasa sedih nak meninggalkan mereka.

Wahai hati janganla dikau sedih saat engkau diabaikan,
Ingat apa yang telah engkau lakukan,
Engkau tinggalkan mereka disaat engkau bersama orang lain,
Engkau sakiti hati mereka disaat mereka setia bersama,
Mungkin inilah balasan kerna salahmu yang lalu,
Tabahla~ dan tempuhi kehidupanmu dengan penuh kesabaran



*Sebelum Arya menutup tirai post Arya ni, Arya berharap kita bersama-sama mendoakan keselamatan dan kejayaan saudara-sauadara kita di Syria, Mesir dan juga Palestin.

"wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"

Isnin, 28 April 2014

La Tahzan wahai Hati

Assalamualaikum wahai saudara dan saudari sekalian,
Sihat? Arya harap semuanya sihat-sihat belaka. Arya hari ni mood down sikit. Masih ingat entri Arya hari tu. Tentang kawan Arya cakap Arya fitnah dia tu.. Hari ni~ Arya ingatkan semua benda dah settle. Arya dah minta maaf dan jelaskan semua perkara sebenar kepada dia. Arya dah buntu apa nak buat. Bila Arya tengok dia, dia tengok tempat lain. Kalau dia duduk semeja dengan Arya, dia akan senyap jer. Dah takda gurauan macam dulu. Serius~ Arya rindukan dia sebagai kawan yang suka mengusik Arya. Tadi~ Arya minta orang sekeliling Arya bagi Arya masa bersendirian. Bila Arya bersendirian, Arya menahan pedih dan sedih dalam hati atas apa yang dah terjadi. Arya rasa sunyi sangat. I really need someone by my side. Walaupun nampak Arya sibuk buat kerja, tapi jauh di lubuk hati Arya menahan rasa nak menangis. Bila rasa nak menangis, keindahan alam semula jadi ciptaan Allah memberi ketenangan kepada Arya. Mungkin sebab dah lama Arya tak nangis, sebab tu Allah duga Arya. Mungkin dah lama tak rasa sakit, Allah uji Arya. Selagi ada kudrat Arya, In shaa Allah Arya akan bertahan. Allah menguji seseorang itu tidak melebihi tahap kemampuannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Kalau ni la dugaan dalam persahabatan buat Arya, Arya terima. :)

* Bukanlah niat Arya untuk memfitnah, hanya sekadar gurauan. Maaf kerana Arya tak sedar gurauan itu menyakitimu wahai sahabat 



* kadang-kadang bersendirian itu lebih baik. Bersendirian itu mampu membuatkan kita berfikir lebih matang dan menghadapi segala dugaanNya dengan hati yang tabah :)

# Seperti biasa, sebelum Arya mengakhiri coretan hati Arya hari ni, Arya berharap kita semua bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita Syria, Palestin dan Mesir. 

"As Sabru minal Iman wa Ukhuwah Fillah Abadan Abada" :)

Selasa, 22 April 2014

Hanya Insan Biasa

Assalamualaikum anda-anda semua !! Apa khabar semua? sihat?
Rindu pulak arya dengan blog pink arya ni. Hari ni Arya nak post sesuatu tentang "hanya insan biasa". Apa maksud insan biasa? Kalau bagi Arya, insan biasa bermaksud seseorang yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Kita semua adalah insan biasa. Arya insan biasa dan anda semua pun insan biasa. Arya bukanlah sahabat yang terbaik dan sempurna seperti yang orang lain inginkan. Arya tak mampu nak gembirakan hati semua orang. Arya pernah terfikir cara nak menggembirakan hati semua orang. Kadang-kadang arya terasa Arya nak menyerah kalah dan biarkan masa yang menentukan segalanya. Tapi oleh kerana " Ukhuwah Fillah Abadan Abada", Arya kuatkan diri. Arya tahu Arya ni menjengkelkan, menyakitkan hati/ mata dan menyusahkan. Sampai bilapun arya TAKKAN mampu memuaskan hati semua orang. Mungkin Arya nampak macam "heartless" bila orang cerita macam-macam tentang Arya, tapi sejujurnya Arya terluka. Arya rasa sakit! :) Tapi.. selagi masih ada kesabaran dan tekad dalam hati Arya ni, Arya takkan mengalah. Tapi.. Maafkan Arya kalau Arya mengalah satu hari nanti. Arya hanya manusia biasa yang faham erti letih dan menyerah kalah. :)





# Walau sesakit mana pun hati ini disakiti, In shaa Allah Arya takkan mengalah. Selagi ada kesabaran dan kesanggupan dalam diri ni, Arya akan terus mencuba. Allah menguji kerana Allah sayang. :)

Sebelum Arya mengundurkan diri, marilah bersama-sama mendoakan saudara kita di Syria, Mesir dan juga Palestin. Semoga kemenangan berpihak kepada para mujahidin. Aamiin~ :)


Rabu, 9 April 2014

As Sabru Minal Iman

Assalamualaikum anda anda semua~
Di malam yang sunyi dan menenangkan ini, Arya nak sharekan beberapa cara untuk mengawal emosi ketika marah. Arya nak share ni pun disebabkan peristiwa hari ni. Pada 9 April 2014, hari yang arya harap semuanya berjalan dengan lancar. Pada mulanya Alhamdulillah semuanya lancar. Tapi~ pada pukul 1.30 lebih, terjadi satu konflik antara Arya & bff Arya. Arya tak pernah marah sangat sampai Arya menangis. Tapi hari ni, Arya marah sangat sampai arya menangis. Arya siap jerkah dia. Entah kenapa emosi tak boleh nak dikawal. Bila benda dah lepas, barulah arya sedar kesalahan arya. Jadi~ bagi mengelakkan orang lain buat kesalahan macam Arya, arya nak kongsikan tips-tips utk mengawal emosi ketika marah.

Cara Mengawal Emosi ketika Marah :

1. Cuba bertenang, bersabar dan tarik nafas dalam-dalam.
2. Perbanyakkan istighfar. (Astaghfirullahaladzim~)
3. Berwudhuk. Wudhuk mampu menyejukkan hati yang penuh dengan api kemarahan.
4. Carilah tempat yang sunyi dan menenangkan. Kalau Arya, arya akan cari tempat yang membolehkan Arya melihat semua keindahan ciptaan Allah. Kalau rasa stress, kecewa atau marah lihatlah keindahan ciptaan Allah. Sungguh ia mampu memberikanmu ketenangan. :)
5. Menukar posisi anda. Ermmm.. maksudnya kalau waktu marah anda sedang berdiri, jadi duduklah. Kalau sedang duduk, maka berbaring la.

6. Bila dah dapat bertenang sedikit, cuba cari jalan penyelesaiannya. Jauhi sikap suka menyalahkan orang lain.
7. Apabila menemui jalan penyelesaiannya, cubalah berbincang dan selesaikannya sebaik mungkin.
8. Akhir sekali, cuba cari hikmah yang terjadi bagi setiap masalah. Allah itu maha mengetahui. Setiap perancanganNya pasti terselit beribu hikmah atau pengajaran.

*Bagi Arya, kemarahan Arya tadi memberi banyak hikmah kepada Arya. Ia juga salah satu sejarah baharu dalam hidup arya. Arya tak pernah marah seteruk tu. Tapi harap benda ni takkan berulang lagi. Bagi Arya terlalu mengikut perasaan marah dan bertindak dalam keadaan marah bukanlah benda yang bijak.

Sebelum Arya menghabiskan catatan Arya ni, Arya berharap kita semua bersama-sama mendoakan keselamatan saudara kita di Syria, Mesir dan Palestin.




Isnin, 7 April 2014

Menyendiri itu lebih baik?

Assalamualaikum warga belog sekalian~
Hari ni Arya tak tahu la nak post apa. Arya cuma nak tanya betul ke lelaki dan perempuan tak boleh berkawan? Betul ke orang cakap kalau berkawan berbeza jantina, salah seorang akan jatuh cinta? Arya ada seorang kawan lelaki. Arya tak suka dia. Arya anggap dia sebagai kawan jer. He is one of my bestie laa~ dia okay orangnya. Masalahnya sekarang, bila Arya rapat dengan dia mesti ada yang cemburu dalam diam. Bila rapat, ada la mata yang memerhati. Almaklum la dia ni banyak peminat. Disebabkan satu permintaan, Arya dan dia seumpama telah mengikat sebuah janji. Disebabkan permintaan tu, Arya dan dia rapat sangat. Entah kenapa, hari ni Arya rasa letih sangat. Arya rasa arya nak mengalah. Arya rasa arya dah taknak penuhi permintaan tu. Terasa di sekeliling ni penuh dengan senyuman palsu dan sinisan. Sekarang~ arya rasa arya nak pergi jauh daripada hidup dia dan semua orang. Arya nak cuba mulakan hidup baharu. Tanpa dia dan tanpa sebarang janji atau permintaan. Adakah menyendiri itu lebih baik? :)



*Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya selama ni encik ngek. Kepada saudari Ariza, terima kasih sebab awak telah menyedarkan saya tentang "cinta 3 segi". :)

#Sebelum Arya menamatkan coretan ringkas arya ni, Arya harap kita semua bersama-sama mendoakan keselamatan saudara kita di Syria, Mesir dan Palestin. :D


Isnin, 24 Mac 2014

Impian hatiku!

Assalamualaikum w.b.t semua!
Malam ni Arya tetiba terfikir satu benda yang arya nak sangat. "Impian Hatiku"~ Selepas arya baca novel Pabila Romeo vs Juliet, perasaan suka arya terhadap kucing semakin menjadi-jadi. Arya nak bela kucing, tapi mak arya tak nak arya bela kucing. Dia tak suka kucing kat dalam rumah. Dia risau kalau kucing "melabur" sesuka hati dan nanti bulu dia ada kat mana-mana jer. Alangkah indahnya kalau setiap kali arya pulang ke rumah, kucing yang comel akan sambut arya pulang. Manja-manja dengan arya, gurau-gurau dengan arya. Erghh! Bestnya! Arya nak sangat kucing macam kat bawah ni.. kiut! hehehe




* Sekarang~ baru arya sedar betapa comelnya makhluk ciptaan Allah ni. Dah la pipi tembam, mata besar pulak tuuu.. Okaylaaa~ sekian. Arya nak kena tidur dah. Esok ada program khas. Bye! Selamat malam dan assalamualaikum warga belog sekalian! ^~^

#PrayForEgypt, Syria, Palestine!