Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Ahad, 7 Disember 2014

R.E.S.T.U Seorang Ibu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


Buat ukhti-ukhti dan akhi-akhi sekalian. Ini post ke-2 Arya pada malam ni. Post mengenai "Restu Ibu". Restu seorang wanita yang kita gelar sebagai ibu, umi, mama dan mak. Peringatan Nabi Muhammad S.A.W terhadap umatnya,

"sesungguhnya keredhaan Allah S.W.T terletak pada kerelaan (restu) kedua orang tua dan kemurkaan Allah S.W.T adalah terletak pada kemarahan kedua orang tuanya."

Mengapa pentingnya restu seorang ibu? Mengapa ?! kerana.. keredhaan Allah terletak pada restunya ibu dan ayah. Restu ibu dan bapa amatlah penting terutamanya restu seorang IBU! Walaupun IBU kita bukanlah orang yang berpelajaran tinggi, berharta ataupun berpakaian kemas seperti orang-orang kaya.. itu tidak bermakna kita boleh menindas ibu kita.

Ingat! Betapa sakitnya seorang ibu melahirkan kita di dunia ini. Ada ibu yang dikurniakan peluang melihat anak-anaknya membesar, ada juga ibu yang ditarik nafasnya sebelum sempat dia melihat wajah bayinya. Kasih seorang ibu yang telah bertahun lamanya kita kenali kalah oleh 'boyfriend' dan 'girlfriend' yang baru kita kenali untuk beberapa bulan. 

Sakitnya! Hanya Allah yang tahu. Berjuang demi memastikan anaknya mampu melihat dunia yang sementara ini. Kata-kata mungkin tidak mampu menusuk hati kita yang kebal.. jadi Arya sharekan satu video yang mungkin menyedarkan kita mengenai perjuangan ibu kita.



*Jangan pulak lepas tengok video ni terus terfikir taknak kahwin. Video ini dikongsi untuk memberi kesedaran kepada kita semua betapa sakitnya pengorbanan seorang ibu. 
(Tengok video ni ! jangan fikir geli atau takut!)

Mungkin ada segelintir ibu yang terlalu mengongkong dan ada juga yang suka menyindir. Tapi ingatlah.. semua yang terjadi ada hikmahnya. Jadikan sindiran dan segala yang terjadi sebagai pengajaran. Belajarlah untuk bersabar dan menghargai ibu kita walaupun kita bukanlah seorang anak yang terbaik.

Janganlah diagungkan seorang lelaki/wanita yang baru kita kenali. Bercinta biarlah berpada. 
Jangan terlalu mudah lupa tentang asal usul kita. 

"Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih ayah sepanjang zaman"


*Berdoalah buat mereka yang berjuang* :D

"Kisah Sehelai Tudung.."


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Buat saudari dan saudara yang saya hormati sekalian,
"Kisah Sehelai Tudung" bukanlah kisah sehelai tudung yang boleh berkata-kata ataupun riwayat hidup sehelai tudung. 

Post "Kisah Sehelai Tudung" adalah post mengenai kesedaran seorang hamba dalam merubah dirinya kepada seorang muslimah yang sejati. Kisah yang bukan satu rekaan tapi kisah yang benar-benar berlaku. (Bunyi macam serius bukan? rilek arr) 

Apa yang kita rasa saat kita melihat sekumpulan wanita yang bertudung labuh dan berpurdah? Rasa janggal? Rasa malu? atau takda rasa apa-apa? Arya bukanlah seseorang yang bertudung labuh seperti wanita muslimah yang sejati. Bertudung menutupi dada dan cukup panjang untuk menutupi sebahagian badan. Labuh tidaklah selabuh hingga ke siku atau melepasinya. 

Setiap sabtu dan Ahad, Arya sekeluarga akan keluar berjalan-jalan dengan keluarga. Bila tiba di pusat membeli-belah, mata mulalah melilau kiri kanan. Tiba-tiba.. mata ni terhenti pada sekumpulan wanita yang bertudung labuh dan berpurdah. Hati tiba-tiba terasa tak selesa, rasa janggal dan malu pada diri sendiri. Tiba kat rumah, hasrat untuk bertudung labuh Arya nyatakan pada ibu. Ibu terkejut tapi bukanlah melarang.

Kata ibu "berubah biarlah sedikit demi sedikit supaya bila pergi sambung belajar kat negera orang kita takkan mengalami kejutan budaya. Ibu taknak kalau Arya pakai tudung labuh sekarang, nanti kat negara orang jumpa dengan bermacam jenis orang.. Arya akan jadi 'lain'"

************************************

Berubah biarlah sedikit demi sedikit. Tiada paksaan atau tekanan dalam berubah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap isi hati hambanya. Tanpa perlu kita meluahkannya. Kalau kita tidak mampu untuk bertudung labuh atau berpurdah.. sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menutupi aurat kita dengan sebaik mungkin. Arya bukan seorang ustazah mahupun seorang muslimah sejati.. Arya insan biasa yang masih mencari cahaya kehidupan sebenar.



"Menasihati bukanlah kerana kesempurnaan diri,
Berkata-kata bukanlah kerana membanggakan diri,
Semuanya adalah peringatan diri yang masih mencari keredhaan dalam hidup"


# Jangan lupa berdoa buat saudara kita yang sedang berjuang di 'sana' #