Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Selasa, 28 Jun 2016

Pink Itu Menawan

Assalamualaikum dan Salam ukhuwah utk semuaa!


Arya nak minta maaf sebab lama sangat dah x update blog 'Pink' Arya. Syukur Alhamdulillah~ Arya dah habis blaja.. sekarang tunggu nak sambung degree jer la.. Buat follower semua, doakan Arya agar Arya dapat sambung degree yer..

Sebenarnya Arya tak tahu nak post apa. Since dah lama sangat Arya x update kesayangan Arya ni, jadi Arya cuma nak share tentang pengalaman belajar Arya. Sungguh dugaan semasa belajar sangat banyak. Jom kita teroka dunia belajar Arya! x banyak pun nak share.. cikit cikit jer :)

First of all, Arya adalah pelajar lepasan matrikulasi Labuan 2015/2016. In shaa Allah kalau ada rezeki boleh la sambung degree kt semenanjung. hehehe..

Sepanjang belajar di matrik Labuan~ banyak pengalaman yg 'daebak' Arya dapat. Arya ni mana pernah duduk asrama, jadi ni adalah pengalaman pertama Arya tinggal di asrama. Best! makin makin dapat kawan sebilik yang sama 'gila'.

Tapi... Allah akan uji hambaNya selagi mana hambaNya mampu. Hidup ni memang indah~ tapi dengan adanya Dugaan hidup kita jadi seribu kali lebih indah. Sepanjang di matrik, memang banyak dugaan. Terutama sem II. Hari -hari tidur 2 jam jer.. kalau Sabtu memang tak tidur lah jawapnya~ minum kopi hanya untuk stay up. Bila dah pagi, pergi padang tenangkan fikiran. Petang pulak riadah dengan kawan main bola tampar kat padang. Dipendekkan cerita~ satu hari Arya g kelas Bio. Actually lab Bio. Time Lab Bio tu la Arya kena tegur dengan Madam bio Arya. Arya nampak pucat x bermaya. Almaklum la~ penangan tidur 2 jam.

"Arya.. kamu kenapa pucat?"
'Saya.... errrr.. stay up'
"kamu minum nescafe?"
'aaa.. yup? hehehe...'
"Arya~ kamu tahukan nescafe byk caffein. Saya nak kamu satu minggu ni jangan minum air bercaffein lagi. dan kalau boleh... minum air kelapa!"

Ha! kan dah kena setempek. hahaha.. okay okay! Arya malas nak cerita panjang-panjang ni.. kalau nak cerita pengalaman belajar~ rasanya dah boleh buat satu novel. Apapun.. sebenarnya Arya just nak cakap..

"Kita ni manusia biasa~ walau sesibuk mana pun kita.. kesihatan serta amal ibadat perlu dijaga. Pandai tapi sakit.. tak menguntungkan. Berjaya tapi tinggal solat.. sangat merugikan. Walau seteruk manapun kita struggle~ ingat badan kita ada hadnya. Kita bukan robot yang mampu buat banyak benda dalam masa yang lama. Arya rehat dua jam, sabtu tak tidur... tapi at the end muka pucat x bermaya. Tapi sayangnya Allah kepada Arya.. Allah turunkan teguran melalui Lecturer Arya. Kalau dia x tegur Arya, maybe Arya dah struggle macam org gila. Sayangnya Allah kepada kita... walaupun dosa kita sebanyak pasir di pantai."



Ini Surau Al-Irfaan Matrikulasi Labuan. Kebetulan time otw Arya ke surau, ada pelangi! SubhanaAllah cantik.... 


Ni lah budak yang kena setempek tadi. hahaha... 

#Sebelum Arya menutup tirai 'Pink' Arya ni... jom la kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara-mara seIslam kita walau dimana mereka berada.