Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Jumaat, 21 Februari 2014

Hari Jubah si ML



Assalamualaikum w.b.t !!
Arya harap semua sihat harapnyerr yerr. Hari ni tajuk post arya "Hari Jubah si ML". Anda tahu apa itu ML? ML tu maksudnya mat luthfi. Mesti anda kenalkan dengan mat luthfi? kalau tak.. ermmm.. pergi ke youtube dan taip nama mat luthfi. Banyak video beliau yang memberi inspirasi dan bagus untuk ditonton oleh golongan remaja. Kat bawah ni adalah salah satu daripada video beliau yang memberi saya semangat untuk terus berusaha. Kenapa saya cakap video ni banyak memberikan saya semangat untuk terus berusaha? kalau nak tahu sebab tolong la tengok yerrr.. :D



Untuk berjaya, kita memerlukan D.U.I.T. Bukan D.U.I.T yang kita guna untuk beli barang tu, tapi ni D.U.I.T lain.

D - Doa
U - Usaha
I   - Ikhtiar
T  - Tawakal

Akhir kata... WabillahiTaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!  

Ahad, 16 Februari 2014

Teman Sekepala

Assalamualaikum !!
Hari ni tajuk post "Teman sekepala". Arya ada banyak kawan, tapi hanya ada satu yang gila-gila dan sekepala dengan arya. Dia seorang gadis yang baik dan nakal. Gadis dari sabah ini telah mengajarku erti sebuah persahabatan. Walaupun kadang-kadang kita orang gaduh, tapi akhirnya akan jadi macam kat bawah ni. Berdamai dan kembali menggila!




Dia suka buat macam ni dengan Arya. Bila arya tengah buat kerja, mula la dia peluk bahu arya dari belakang. (ermm.. we're not lesbian!) 

Arya harap arya dan dia boleh berkawan hingga ke jannah. "Ukhuwah Fillah Abadan Abada". Arya akan berusaha untuk mengekalkan persahabatan ni. 

cantik sungguh si rama2
hinggap di atas pohon jati
suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati



Terima Kasih Daun Keladi! ^~^

Assalamualaikum semuanyerr!
Bila tengok chatbox arya, arya rasa nak balas semua singgahan dan sapaan anda semua. Sapaan? ermm.. betul la agaknya istilah tu. Terima kasih kerana sudi singgah/blogwalking/bertenggek/menziarah atau sewaktu dengannya. In Shaa Allah, kalau arya ada masa terluang arya akan balas semua singgahan anda tu yerrr.. hehehe ^~^

Terima kasih daun keladi,
Kalau sudi datang lagi,
Blog pink ni akan sentiasa ada untuk anda! Peace yoo! :D



Selasa, 11 Februari 2014

Kenapa Suka Pink??

Assalamualaikum!
Apa khabar? sihat? harap anda semua sihat lah yerr..
Tengok tajuk post " kenapa suka pink? ", arya nak cakap kenapa arya suka warna pink. Masuk jer blog arya semua warna pink. Tulisan jer hitam. Sebenarnya arya mana pernah suka pink. Arya ada kawan yang TERPALING nyer pun adoi suka pink. hahaha.. Bila kawan arya cakap "hey! pink itu cantik tauu~", arya akan cakap "cantik? pink tu warna oinky (binatang haram tuu) laaa". Kawan bila dengar arya cakap pink tu warna oinky, dia terus marah atau cubit arya. Itu kisah dulu laa~ sekarang!!!! pink tu dah jadi warna kesukaan Arya tauuu.. Sebab apa? sebab ni haa! tengok gambar bawah tu!

* semenjak beli novel ni, arya terus jadi pinky girl (pinky girl? ermm.. tak la sampai mcm tu kot). Botol air pink, baju pink dan jam pun pink jugak. 
Bila ummi tanya warna baju raya apa yang cantik, terus arya cakap "PINK!". Terus kena pukul guna buku oleh adik. hahaha.. 

Itulah kisah disebalik warna blog pink!!! :D