Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Isnin, 24 Mac 2014

Impian hatiku!

Assalamualaikum w.b.t semua!
Malam ni Arya tetiba terfikir satu benda yang arya nak sangat. "Impian Hatiku"~ Selepas arya baca novel Pabila Romeo vs Juliet, perasaan suka arya terhadap kucing semakin menjadi-jadi. Arya nak bela kucing, tapi mak arya tak nak arya bela kucing. Dia tak suka kucing kat dalam rumah. Dia risau kalau kucing "melabur" sesuka hati dan nanti bulu dia ada kat mana-mana jer. Alangkah indahnya kalau setiap kali arya pulang ke rumah, kucing yang comel akan sambut arya pulang. Manja-manja dengan arya, gurau-gurau dengan arya. Erghh! Bestnya! Arya nak sangat kucing macam kat bawah ni.. kiut! hehehe




* Sekarang~ baru arya sedar betapa comelnya makhluk ciptaan Allah ni. Dah la pipi tembam, mata besar pulak tuuu.. Okaylaaa~ sekian. Arya nak kena tidur dah. Esok ada program khas. Bye! Selamat malam dan assalamualaikum warga belog sekalian! ^~^

#PrayForEgypt, Syria, Palestine!

Sabtu, 15 Mac 2014

Asam Garam dalam Persahabatan

Assalamualaikum semua!
Tajuk blog arya hari ini tentang persahabatan. Beberapa hari yang lepas banyak kes yang arya dengar tentang persahabatan ni. Ada yang tikam belakang, talam dua muka, dan banyak lagi la. Sebenarnya semua yang terjadi adalah asam garam persahabatan. Kalau takda semua ni, kita takkan merasa erti sebenar persahabatan. Arya ada dua orang sahabat yang memang rapat dengan Arya. Walaupun kadang-kadang mereka ada menyakitkan hati arya, tapi arya tetap sabar. Kita manusia biasa, sering melakukan kesilapan. Bawah ni ada beberapa cara terbaik untuk menangani/ mengelak pergaduhan dalam persahabatan.

Cara menangani masalah dalam persahabatan:

1. Bersabar (As sabru minal Iman!)
-sabar itu separuh daripada iman. Walau seteruk mana pun masalah kita, bersabarlah.

2. Cuba berunding/ berbincang mengenai masalah tersebut.
- berbincang adalah cara terbaik untuk meredakan segala permasalahan. Cuba bincang dan luahkan segala yang kita rasa dengan cara yang terbaik. Gunakan kata-kata yang baik dan lembut.

3. Jauhkan sikap suka menyalahkan orang lain.
- sikap suka menyalahkan orang lain hanya mengeruhkan keadaan. Sorang salah sorang, akhir-akhirnya persahabatan terputus akibat sikap pentingkan diri.


4. Jauhi sikap suka meluah perasaan marah di medium sosial.
- Kita ada macam-macam akaun. Kita ada twitter, blog, facebook, instagram dan wechat. Gunakan semuanya dengan sebaik mungkin. Kalau kita rasa marah atau geram dengan tindakan kawan kita, JANGAN SESEKALI MENGELUARKAN KATA-KATA YANG AKAN MEMBUATKAN KEADAAN SEMAKIN KERUH. Adakah anda fikir meluahkan rasa geram dia medium sosial akan menyelesaikan masalah??? :)

5. Berfikiran rasional.
- Seperti yang arya katakan tadi, semua manusia melakukan kesilapan. Hanya Rasulullah SAW sahaja manusia yang sempurna. Andai kawan kita melakukan satu kesalahan, cubalah berfikir dengan rasional. Jauhi sikap berprasangka buruk.


6. Tundukkan EGO!
- Ego adalah penyakit yang sungguh susah untuk ditangani. Kalau nak EGO sekalipun biar la bertempat. Jangan sampai semua benda kita nak tunjukkan sikap EGO. Maksud "tundukkan EGO" ialah sanggup untuk mengaku kesalahan sendiri. Ada orang bila dah bergaduh memang taknak minta maaf atau berdamai. Masing-masing nak tunjukkan EGO masing-masing. Bak kata orang "kalau macam tu sampai ke kiamat la kamu orang tak berdamai". Walau kita tahu kita tak bersalah, apa salahnya kalau kita meminta maaf. Bukankah orang yang meminta maaf terlebih dahulu itu jauh lebih mulia. :)


* Ini adalah beberapa cara yang arya rasa terbaik untuk selesaikan masalah. Jangan mengambil keputusan terburu-buru hingga menyebabkan kita membuat keputusan yang kurang bijak. Pengkhinatan, pergaduhan dan kekecewaan mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Kalau kita sayangkan persahabatan kita, kita belajar la untuk menerima sahabat kita seadanya. Belajarlah untuk menyelesaikan cara dengan cara yang terbaik.


#Jangan terlalu mencari kesempurnaan sehingga lupa bahawa tiada manusia yang sempurna. Sekian~ assalamualaikum w.b.t. Don't forget to pray for MH370 and people in Syria,Palestine and Egypt

Ahad, 9 Mac 2014

#PrayForMH370

Assalamualaikum wahai semua saudara dan saudariku,
Pada 8 march 2014, negara Malaysia telah digemparkan dengan kehilangan kapal terbang 'MH370'. Pelik? Aneh? ya memang! Kapal terbang yang dikatakan canggih, masih 'muda' dan moden ini dikatakan mustahil untuk berlaku kerosakan. Tapi.. andai Allah telah mengatakan sesuatu itu terjadi 'kun fayakun' maka jadilah! Arya nak sharekan beberapa gambar yang arya dapat dari facebook. Sungguh memilukan. Arya tak tahu kenapa arya rasa sedih sangat dan berharap sangat yang mereka masih hidup. Walaupun kita saling tak mengenali, tapi semua orang islam adalah bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa :'/

* teruskan berdoa, jangan pernah berhenti

* semua bersatu untuk mencari pesawat "MH370"

*sama-sama la kita berdoa agar ayah dia berjaya dijumpai dengan selamat. 

Berdoalah! kerana doa itu senjata bagi umat Islam! 

* Ayat ini dikatakan mempunyai kaitan dengan apa yg terjadi. 
"cube tgok, MAS hilang pada tarikh 8.3 pada pukul 12.41. Cube tgok surah yassin, ada 83 ayat kan? Cube tgok maksud ayat 41 - 42 dlm surah yassin. Adakah semua ni satu kebetulan?
surah yasin 41 . kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera y
g penuh sarat . 42 . Dan kami mencipta untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannye yang mereka dapat mengenderainya . Dan jika kami kehendaki , kami boleh tenggelamkan mereka, maka tidak ada dapat menolong mereka , Dan mereka juga tidak dapat diselamatkan "- ini adalah salah satu komen yang arya ambil daripada facebook. Betul atau tidak? Wallahua'lam

* yang ini paling menyedihkan! result spm tak lama lagi nak keluar, dan ibu dia tak tahu dalam keadaan apa sekarang ni. Selamat atau tidak? semuanya kita tak tahu. 

Sekarang kita hanya mampu berdoa dan bersabar. Yang paling penting, jangan menyebar sebarang cerita atau spekulasi yang kita tak tahu kesahihahnya. Kita tak tahu apa yang dialami oleh keluarga mangsa. Cukuplah sekadar kita memberi kata-kata semangat atau berdoa. 

Sekian. Teruskan berdoa dan jangan lupakan penderitaan mereka yang berada di Syria, Palestin dan Mesir.