Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Sabtu, 15 Mac 2014

Asam Garam dalam Persahabatan

Assalamualaikum semua!
Tajuk blog arya hari ini tentang persahabatan. Beberapa hari yang lepas banyak kes yang arya dengar tentang persahabatan ni. Ada yang tikam belakang, talam dua muka, dan banyak lagi la. Sebenarnya semua yang terjadi adalah asam garam persahabatan. Kalau takda semua ni, kita takkan merasa erti sebenar persahabatan. Arya ada dua orang sahabat yang memang rapat dengan Arya. Walaupun kadang-kadang mereka ada menyakitkan hati arya, tapi arya tetap sabar. Kita manusia biasa, sering melakukan kesilapan. Bawah ni ada beberapa cara terbaik untuk menangani/ mengelak pergaduhan dalam persahabatan.

Cara menangani masalah dalam persahabatan:

1. Bersabar (As sabru minal Iman!)
-sabar itu separuh daripada iman. Walau seteruk mana pun masalah kita, bersabarlah.

2. Cuba berunding/ berbincang mengenai masalah tersebut.
- berbincang adalah cara terbaik untuk meredakan segala permasalahan. Cuba bincang dan luahkan segala yang kita rasa dengan cara yang terbaik. Gunakan kata-kata yang baik dan lembut.

3. Jauhkan sikap suka menyalahkan orang lain.
- sikap suka menyalahkan orang lain hanya mengeruhkan keadaan. Sorang salah sorang, akhir-akhirnya persahabatan terputus akibat sikap pentingkan diri.


4. Jauhi sikap suka meluah perasaan marah di medium sosial.
- Kita ada macam-macam akaun. Kita ada twitter, blog, facebook, instagram dan wechat. Gunakan semuanya dengan sebaik mungkin. Kalau kita rasa marah atau geram dengan tindakan kawan kita, JANGAN SESEKALI MENGELUARKAN KATA-KATA YANG AKAN MEMBUATKAN KEADAAN SEMAKIN KERUH. Adakah anda fikir meluahkan rasa geram dia medium sosial akan menyelesaikan masalah??? :)

5. Berfikiran rasional.
- Seperti yang arya katakan tadi, semua manusia melakukan kesilapan. Hanya Rasulullah SAW sahaja manusia yang sempurna. Andai kawan kita melakukan satu kesalahan, cubalah berfikir dengan rasional. Jauhi sikap berprasangka buruk.


6. Tundukkan EGO!
- Ego adalah penyakit yang sungguh susah untuk ditangani. Kalau nak EGO sekalipun biar la bertempat. Jangan sampai semua benda kita nak tunjukkan sikap EGO. Maksud "tundukkan EGO" ialah sanggup untuk mengaku kesalahan sendiri. Ada orang bila dah bergaduh memang taknak minta maaf atau berdamai. Masing-masing nak tunjukkan EGO masing-masing. Bak kata orang "kalau macam tu sampai ke kiamat la kamu orang tak berdamai". Walau kita tahu kita tak bersalah, apa salahnya kalau kita meminta maaf. Bukankah orang yang meminta maaf terlebih dahulu itu jauh lebih mulia. :)


* Ini adalah beberapa cara yang arya rasa terbaik untuk selesaikan masalah. Jangan mengambil keputusan terburu-buru hingga menyebabkan kita membuat keputusan yang kurang bijak. Pengkhinatan, pergaduhan dan kekecewaan mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Kalau kita sayangkan persahabatan kita, kita belajar la untuk menerima sahabat kita seadanya. Belajarlah untuk menyelesaikan cara dengan cara yang terbaik.


#Jangan terlalu mencari kesempurnaan sehingga lupa bahawa tiada manusia yang sempurna. Sekian~ assalamualaikum w.b.t. Don't forget to pray for MH370 and people in Syria,Palestine and Egypt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan