Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Ahad, 9 Mac 2014

#PrayForMH370

Assalamualaikum wahai semua saudara dan saudariku,
Pada 8 march 2014, negara Malaysia telah digemparkan dengan kehilangan kapal terbang 'MH370'. Pelik? Aneh? ya memang! Kapal terbang yang dikatakan canggih, masih 'muda' dan moden ini dikatakan mustahil untuk berlaku kerosakan. Tapi.. andai Allah telah mengatakan sesuatu itu terjadi 'kun fayakun' maka jadilah! Arya nak sharekan beberapa gambar yang arya dapat dari facebook. Sungguh memilukan. Arya tak tahu kenapa arya rasa sedih sangat dan berharap sangat yang mereka masih hidup. Walaupun kita saling tak mengenali, tapi semua orang islam adalah bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa :'/

* teruskan berdoa, jangan pernah berhenti

* semua bersatu untuk mencari pesawat "MH370"

*sama-sama la kita berdoa agar ayah dia berjaya dijumpai dengan selamat. 

Berdoalah! kerana doa itu senjata bagi umat Islam! 

* Ayat ini dikatakan mempunyai kaitan dengan apa yg terjadi. 
"cube tgok, MAS hilang pada tarikh 8.3 pada pukul 12.41. Cube tgok surah yassin, ada 83 ayat kan? Cube tgok maksud ayat 41 - 42 dlm surah yassin. Adakah semua ni satu kebetulan?
surah yasin 41 . kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera y
g penuh sarat . 42 . Dan kami mencipta untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannye yang mereka dapat mengenderainya . Dan jika kami kehendaki , kami boleh tenggelamkan mereka, maka tidak ada dapat menolong mereka , Dan mereka juga tidak dapat diselamatkan "- ini adalah salah satu komen yang arya ambil daripada facebook. Betul atau tidak? Wallahua'lam

* yang ini paling menyedihkan! result spm tak lama lagi nak keluar, dan ibu dia tak tahu dalam keadaan apa sekarang ni. Selamat atau tidak? semuanya kita tak tahu. 

Sekarang kita hanya mampu berdoa dan bersabar. Yang paling penting, jangan menyebar sebarang cerita atau spekulasi yang kita tak tahu kesahihahnya. Kita tak tahu apa yang dialami oleh keluarga mangsa. Cukuplah sekadar kita memberi kata-kata semangat atau berdoa. 

Sekian. Teruskan berdoa dan jangan lupakan penderitaan mereka yang berada di Syria, Palestin dan Mesir. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan