Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Ahad, 7 Disember 2014

"Kisah Sehelai Tudung.."


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Buat saudari dan saudara yang saya hormati sekalian,
"Kisah Sehelai Tudung" bukanlah kisah sehelai tudung yang boleh berkata-kata ataupun riwayat hidup sehelai tudung. 

Post "Kisah Sehelai Tudung" adalah post mengenai kesedaran seorang hamba dalam merubah dirinya kepada seorang muslimah yang sejati. Kisah yang bukan satu rekaan tapi kisah yang benar-benar berlaku. (Bunyi macam serius bukan? rilek arr) 

Apa yang kita rasa saat kita melihat sekumpulan wanita yang bertudung labuh dan berpurdah? Rasa janggal? Rasa malu? atau takda rasa apa-apa? Arya bukanlah seseorang yang bertudung labuh seperti wanita muslimah yang sejati. Bertudung menutupi dada dan cukup panjang untuk menutupi sebahagian badan. Labuh tidaklah selabuh hingga ke siku atau melepasinya. 

Setiap sabtu dan Ahad, Arya sekeluarga akan keluar berjalan-jalan dengan keluarga. Bila tiba di pusat membeli-belah, mata mulalah melilau kiri kanan. Tiba-tiba.. mata ni terhenti pada sekumpulan wanita yang bertudung labuh dan berpurdah. Hati tiba-tiba terasa tak selesa, rasa janggal dan malu pada diri sendiri. Tiba kat rumah, hasrat untuk bertudung labuh Arya nyatakan pada ibu. Ibu terkejut tapi bukanlah melarang.

Kata ibu "berubah biarlah sedikit demi sedikit supaya bila pergi sambung belajar kat negera orang kita takkan mengalami kejutan budaya. Ibu taknak kalau Arya pakai tudung labuh sekarang, nanti kat negara orang jumpa dengan bermacam jenis orang.. Arya akan jadi 'lain'"

************************************

Berubah biarlah sedikit demi sedikit. Tiada paksaan atau tekanan dalam berubah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap isi hati hambanya. Tanpa perlu kita meluahkannya. Kalau kita tidak mampu untuk bertudung labuh atau berpurdah.. sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menutupi aurat kita dengan sebaik mungkin. Arya bukan seorang ustazah mahupun seorang muslimah sejati.. Arya insan biasa yang masih mencari cahaya kehidupan sebenar.



"Menasihati bukanlah kerana kesempurnaan diri,
Berkata-kata bukanlah kerana membanggakan diri,
Semuanya adalah peringatan diri yang masih mencari keredhaan dalam hidup"


# Jangan lupa berdoa buat saudara kita yang sedang berjuang di 'sana' #





Tiada ulasan:

Catat Ulasan