Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Isnin, 5 Mei 2014

S.U.N.Y.I

Assalamualaikum wahai ukhti-ukhti dan akhi-akhi sekalian,
Apa khabar antum dan antunna sekalian? sihat? Ana harap anda semua sihat sahaja. Malam ni Arya nak kongsikan keadaan yang rasanya Arya tak pernah rasa sebelum ni. SUNYI ! Baru hari ni Arya rasa sunyi sangat. Kawan di sekeliling Arya semua dah ada peneman masing-masing. Pada mulanya Arya sedih plus kecewa jugak bila Arya ditinggalkan keseorangan. Tapi.. bila Arya fikir balik, mungkin ni cara terbaik untuk Arya muhasabah diri Arya. Duduk sorang-sorang dan mula berfikir apa yang dah Arya buat dengan kawan-kawan Arya. Bagi Arya ni adalah proses kematangan bagi Arya. Walaupun perit rasanya bersendirian, Arya pasti Arya akan biasa dengan keadaan seperti ni. Bersendiri sekurang-kurangnya Arya ada masa untuk diri Arya sendiri. Biar la mereka dengan teman mereka masing-masing. Bila sampai masanya Arya kena balik negeri asal Arya, Arya takkan rasa sedih nak meninggalkan mereka.

Wahai hati janganla dikau sedih saat engkau diabaikan,
Ingat apa yang telah engkau lakukan,
Engkau tinggalkan mereka disaat engkau bersama orang lain,
Engkau sakiti hati mereka disaat mereka setia bersama,
Mungkin inilah balasan kerna salahmu yang lalu,
Tabahla~ dan tempuhi kehidupanmu dengan penuh kesabaran



*Sebelum Arya menutup tirai post Arya ni, Arya berharap kita bersama-sama mendoakan keselamatan dan kejayaan saudara-sauadara kita di Syria, Mesir dan juga Palestin.

"wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan