Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Isnin, 28 April 2014

La Tahzan wahai Hati

Assalamualaikum wahai saudara dan saudari sekalian,
Sihat? Arya harap semuanya sihat-sihat belaka. Arya hari ni mood down sikit. Masih ingat entri Arya hari tu. Tentang kawan Arya cakap Arya fitnah dia tu.. Hari ni~ Arya ingatkan semua benda dah settle. Arya dah minta maaf dan jelaskan semua perkara sebenar kepada dia. Arya dah buntu apa nak buat. Bila Arya tengok dia, dia tengok tempat lain. Kalau dia duduk semeja dengan Arya, dia akan senyap jer. Dah takda gurauan macam dulu. Serius~ Arya rindukan dia sebagai kawan yang suka mengusik Arya. Tadi~ Arya minta orang sekeliling Arya bagi Arya masa bersendirian. Bila Arya bersendirian, Arya menahan pedih dan sedih dalam hati atas apa yang dah terjadi. Arya rasa sunyi sangat. I really need someone by my side. Walaupun nampak Arya sibuk buat kerja, tapi jauh di lubuk hati Arya menahan rasa nak menangis. Bila rasa nak menangis, keindahan alam semula jadi ciptaan Allah memberi ketenangan kepada Arya. Mungkin sebab dah lama Arya tak nangis, sebab tu Allah duga Arya. Mungkin dah lama tak rasa sakit, Allah uji Arya. Selagi ada kudrat Arya, In shaa Allah Arya akan bertahan. Allah menguji seseorang itu tidak melebihi tahap kemampuannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Kalau ni la dugaan dalam persahabatan buat Arya, Arya terima. :)

* Bukanlah niat Arya untuk memfitnah, hanya sekadar gurauan. Maaf kerana Arya tak sedar gurauan itu menyakitimu wahai sahabat 



* kadang-kadang bersendirian itu lebih baik. Bersendirian itu mampu membuatkan kita berfikir lebih matang dan menghadapi segala dugaanNya dengan hati yang tabah :)

# Seperti biasa, sebelum Arya mengakhiri coretan hati Arya hari ni, Arya berharap kita semua bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita Syria, Palestin dan Mesir. 

"As Sabru minal Iman wa Ukhuwah Fillah Abadan Abada" :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan