Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Selasa, 22 April 2014

Hanya Insan Biasa

Assalamualaikum anda-anda semua !! Apa khabar semua? sihat?
Rindu pulak arya dengan blog pink arya ni. Hari ni Arya nak post sesuatu tentang "hanya insan biasa". Apa maksud insan biasa? Kalau bagi Arya, insan biasa bermaksud seseorang yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Kita semua adalah insan biasa. Arya insan biasa dan anda semua pun insan biasa. Arya bukanlah sahabat yang terbaik dan sempurna seperti yang orang lain inginkan. Arya tak mampu nak gembirakan hati semua orang. Arya pernah terfikir cara nak menggembirakan hati semua orang. Kadang-kadang arya terasa Arya nak menyerah kalah dan biarkan masa yang menentukan segalanya. Tapi oleh kerana " Ukhuwah Fillah Abadan Abada", Arya kuatkan diri. Arya tahu Arya ni menjengkelkan, menyakitkan hati/ mata dan menyusahkan. Sampai bilapun arya TAKKAN mampu memuaskan hati semua orang. Mungkin Arya nampak macam "heartless" bila orang cerita macam-macam tentang Arya, tapi sejujurnya Arya terluka. Arya rasa sakit! :) Tapi.. selagi masih ada kesabaran dan tekad dalam hati Arya ni, Arya takkan mengalah. Tapi.. Maafkan Arya kalau Arya mengalah satu hari nanti. Arya hanya manusia biasa yang faham erti letih dan menyerah kalah. :)





# Walau sesakit mana pun hati ini disakiti, In shaa Allah Arya takkan mengalah. Selagi ada kesabaran dan kesanggupan dalam diri ni, Arya akan terus mencuba. Allah menguji kerana Allah sayang. :)

Sebelum Arya mengundurkan diri, marilah bersama-sama mendoakan saudara kita di Syria, Mesir dan juga Palestin. Semoga kemenangan berpihak kepada para mujahidin. Aamiin~ :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan