Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Sabtu, 31 Mei 2014

"Qawi Lillahi Ta'ala"

Assalamualaikum wahai warga belog sekalian.
Apa khabar? Arya harap anda semua sihat belaka lah yerrr.. Hari ni hujan lebat. Jadi~ kesihatan Arya tak menentu. Kejap panas badan, kejap okay jer.

Pernah tak kita rasa seperti orang disekeliling kita makin menjauh? Semakin hari mereka semakin hilang. Semakin berkurang. Itu yang Arya rasa sekarang. Bila Arya fikirkan balik, mungkin ni balasan Allah untuk Arya kot. Sahabat kat sekeliling Arya semakin menjauh dan berkurang. Pada mulanya Arya rasa sunyi dan kehilangan sangat, tapi Arya bersyukur Allah sentiasa ada. Arya semakin hilang kepercayaan teman-teman Arya. Arya sedar Arya bukanlah orang yang layak diberi kepercayaan. Arya redha andainya kehilangan kepercayaan mereka. Sekarang, Arya tak kisah dah apa yang dorang nak cakap tentang Arya. Arya redha. Arya pasrah. Arya serahkan segalanya kepada Allah. Andai mereka teman terbaik untuk Arya, maka Arya mohon Allah perdekatkan Arya dengan mereka. Andai mereka teman yang akan melalaikan Arya, maka Arya mohon Arya dijauhkan dari mereka. Allah tahu apa yang terbaik. Segala yang terjadi sekarang ni semuanya telah tertulis di luh Mahfuz. Apa pun yang terjadi, In shaa Allah Arya akan cuba untuk menerimanya. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? kita sebagai hambanya hendaklah redha dan pasrah dengan segala ketentuannya.


Wahai sahabatku,
Maafkan aku andai aku turut menjauhkan diri. Maafkan aku andai aku berhenti memikirkan tentangmu. Maafkan aku andai aku sudah berhenti menjagamu. Aku bukan yang terbaik. Yang mampu mengembirakan hatimu di setiap saat dan detik kita bersama. Jangan mula menghargaiku apabila aku sudah pergi. Andai nama kita tertulis untuk bersahabat hingga ke jannahNya, maka satu hari nanti pasti kita akan dipertemukan semula. Manusia diberi hak untuk memilih. Oleh kerana kau telah memilih dirinya lebih dari diriku, maka aku terima keputusanmu dengan redha. Maaf kerana aku tidak mampu berada di sampingmu setiap saat kita bersama dahulu.



#Sebelum Arya menamatkan entri Arya ni, Arya berharap kita semua dapatlah bersama-sama mendoakan keselamatan saudara mara kita yang berada di Mesir, Palestin dan Syria. Assalamualaikum dan selamat maju jaya semua!


2 ulasan:

  1. Kalau kita selalu ingat Allah, insyaAllah kita xkan rasa jauh dgn sesiapa pun ;-)

    BalasPadam
  2. Terima kasih ukhti ayuni. In shaa Allah, arya akan selalu ingat Allah. :) terima kasih atas nasihat ukhti tu. :D

    BalasPadam