Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Ahad, 9 Mac 2014

#PrayForMH370

Assalamualaikum wahai semua saudara dan saudariku,
Pada 8 march 2014, negara Malaysia telah digemparkan dengan kehilangan kapal terbang 'MH370'. Pelik? Aneh? ya memang! Kapal terbang yang dikatakan canggih, masih 'muda' dan moden ini dikatakan mustahil untuk berlaku kerosakan. Tapi.. andai Allah telah mengatakan sesuatu itu terjadi 'kun fayakun' maka jadilah! Arya nak sharekan beberapa gambar yang arya dapat dari facebook. Sungguh memilukan. Arya tak tahu kenapa arya rasa sedih sangat dan berharap sangat yang mereka masih hidup. Walaupun kita saling tak mengenali, tapi semua orang islam adalah bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa :'/

* teruskan berdoa, jangan pernah berhenti

* semua bersatu untuk mencari pesawat "MH370"

*sama-sama la kita berdoa agar ayah dia berjaya dijumpai dengan selamat. 

Berdoalah! kerana doa itu senjata bagi umat Islam! 

* Ayat ini dikatakan mempunyai kaitan dengan apa yg terjadi. 
"cube tgok, MAS hilang pada tarikh 8.3 pada pukul 12.41. Cube tgok surah yassin, ada 83 ayat kan? Cube tgok maksud ayat 41 - 42 dlm surah yassin. Adakah semua ni satu kebetulan?
surah yasin 41 . kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera y
g penuh sarat . 42 . Dan kami mencipta untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannye yang mereka dapat mengenderainya . Dan jika kami kehendaki , kami boleh tenggelamkan mereka, maka tidak ada dapat menolong mereka , Dan mereka juga tidak dapat diselamatkan "- ini adalah salah satu komen yang arya ambil daripada facebook. Betul atau tidak? Wallahua'lam

* yang ini paling menyedihkan! result spm tak lama lagi nak keluar, dan ibu dia tak tahu dalam keadaan apa sekarang ni. Selamat atau tidak? semuanya kita tak tahu. 

Sekarang kita hanya mampu berdoa dan bersabar. Yang paling penting, jangan menyebar sebarang cerita atau spekulasi yang kita tak tahu kesahihahnya. Kita tak tahu apa yang dialami oleh keluarga mangsa. Cukuplah sekadar kita memberi kata-kata semangat atau berdoa. 

Sekian. Teruskan berdoa dan jangan lupakan penderitaan mereka yang berada di Syria, Palestin dan Mesir. 

Jumaat, 21 Februari 2014

Hari Jubah si ML



Assalamualaikum w.b.t !!
Arya harap semua sihat harapnyerr yerr. Hari ni tajuk post arya "Hari Jubah si ML". Anda tahu apa itu ML? ML tu maksudnya mat luthfi. Mesti anda kenalkan dengan mat luthfi? kalau tak.. ermmm.. pergi ke youtube dan taip nama mat luthfi. Banyak video beliau yang memberi inspirasi dan bagus untuk ditonton oleh golongan remaja. Kat bawah ni adalah salah satu daripada video beliau yang memberi saya semangat untuk terus berusaha. Kenapa saya cakap video ni banyak memberikan saya semangat untuk terus berusaha? kalau nak tahu sebab tolong la tengok yerrr.. :D



Untuk berjaya, kita memerlukan D.U.I.T. Bukan D.U.I.T yang kita guna untuk beli barang tu, tapi ni D.U.I.T lain.

D - Doa
U - Usaha
I   - Ikhtiar
T  - Tawakal

Akhir kata... WabillahiTaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!  

Ahad, 16 Februari 2014

Teman Sekepala

Assalamualaikum !!
Hari ni tajuk post "Teman sekepala". Arya ada banyak kawan, tapi hanya ada satu yang gila-gila dan sekepala dengan arya. Dia seorang gadis yang baik dan nakal. Gadis dari sabah ini telah mengajarku erti sebuah persahabatan. Walaupun kadang-kadang kita orang gaduh, tapi akhirnya akan jadi macam kat bawah ni. Berdamai dan kembali menggila!




Dia suka buat macam ni dengan Arya. Bila arya tengah buat kerja, mula la dia peluk bahu arya dari belakang. (ermm.. we're not lesbian!) 

Arya harap arya dan dia boleh berkawan hingga ke jannah. "Ukhuwah Fillah Abadan Abada". Arya akan berusaha untuk mengekalkan persahabatan ni. 

cantik sungguh si rama2
hinggap di atas pohon jati
suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati



Terima Kasih Daun Keladi! ^~^

Assalamualaikum semuanyerr!
Bila tengok chatbox arya, arya rasa nak balas semua singgahan dan sapaan anda semua. Sapaan? ermm.. betul la agaknya istilah tu. Terima kasih kerana sudi singgah/blogwalking/bertenggek/menziarah atau sewaktu dengannya. In Shaa Allah, kalau arya ada masa terluang arya akan balas semua singgahan anda tu yerrr.. hehehe ^~^

Terima kasih daun keladi,
Kalau sudi datang lagi,
Blog pink ni akan sentiasa ada untuk anda! Peace yoo! :D



Selasa, 11 Februari 2014

Kenapa Suka Pink??

Assalamualaikum!
Apa khabar? sihat? harap anda semua sihat lah yerr..
Tengok tajuk post " kenapa suka pink? ", arya nak cakap kenapa arya suka warna pink. Masuk jer blog arya semua warna pink. Tulisan jer hitam. Sebenarnya arya mana pernah suka pink. Arya ada kawan yang TERPALING nyer pun adoi suka pink. hahaha.. Bila kawan arya cakap "hey! pink itu cantik tauu~", arya akan cakap "cantik? pink tu warna oinky (binatang haram tuu) laaa". Kawan bila dengar arya cakap pink tu warna oinky, dia terus marah atau cubit arya. Itu kisah dulu laa~ sekarang!!!! pink tu dah jadi warna kesukaan Arya tauuu.. Sebab apa? sebab ni haa! tengok gambar bawah tu!

* semenjak beli novel ni, arya terus jadi pinky girl (pinky girl? ermm.. tak la sampai mcm tu kot). Botol air pink, baju pink dan jam pun pink jugak. 
Bila ummi tanya warna baju raya apa yang cantik, terus arya cakap "PINK!". Terus kena pukul guna buku oleh adik. hahaha.. 

Itulah kisah disebalik warna blog pink!!! :D

Rabu, 29 Januari 2014

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P !

Assalamualaikum! hari ni biarkan gambar yang berbicara. Arya lemah kalau nak bahas pasal sahabat ni. :)
v
v
v



*susah nak jaga hati orang. Disebabkan terlalu jaga hati orang hati kita pulang yang sakit T.T

* Apabila kepercayaan mulai hilang dan rapuh. Segala-segalanya akan mula berubah. :)

* wahai sahabat, tak boleh ka kita jadi macam ni?! perlu ka dengki antara satu sama lain? perlu ka cemburu dengan sahabat sendiri?! 

# Wahai sahabatku sekalian, jangan pernah ada rasa cemburu, dengki atau tidak suka kepada sahabat yang lain. Jangan disebabkan rasa dengki atau cemburu, kita kehilangan teman baik kita. Akhir kata, ukhuwah Fillah Abadan Abada :)

Sabtu, 18 Januari 2014

"Aku Dreamer"

Assalamualaikum !!! Tengok tajuk! "Aku dreamer"..
hah!!! post kedua arya adalah tentang Encik Mimpi.. Sebenarnya dah lama minat EM ni. Rasanya dulu EM ni tak berapa famous. Tup tuppp~ nama encik mimpi tersiar di dada akhbar, banyak di sebut kt twitter dan juga facebook. Ingatkan dia orang Pahang, rupanya orang Sarawak (miri). Hehehe.. Kamek minat kitak bha Encik Mimpi.

* Pewitt !! I like this picture. He look so cute and smart! 



*hey ho hey hoo !! encik mimpi and Nomad in the house.. waktu tengok Nomad dalam MELETOP. Serius melting! muka dia not bad laaa.. hehehe